Khamis, 24 November 2011

BUAT PERTAMA KALINYA....aku baru nak berblog

Singgahlah .......Bacalah

Buat blog ni kerana   nak simpan data/nota sehingga unit storan sendiri dah nak jammed  sambil2 boleh belajou /study...........lepas tu....bole ler nak wat mcm2 benda nak wat....almaklum nama blogni kebebasan......alahai......
Lagi satu aku nak dedikasikan saat ni kerana dapat mendengar kuliah geografi setelah 20 tahun lebih dah tak belajar geografi .....subjek ini semakin terpinggir di Malaysia...apalah nasib geografi.........nasib sejarah bertuah sikit.....apabila desakan pembangkang untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang tidak patriotik.....Geografi juga boleh meningkatkan patriotisme ....secara global...kerna semangat sayang/cintakan alam sekitar/semulajadi ciptaan ILLAHI dari dirakus/diterokai secara berleluasa oleh mereka yang ada agenda yang jahat..........

First time kena wat.....Klimograf...Apa itu klimograf?

Klimograf ialah gambaran grafik dalam bentuk graf garisan dan bar bagi menunjukkan purata kerpasan=hujan,hujan ais/sleet, salji (apa sahaja yg turun dari atas) dan purata suhu bagi sesuatu kawasan di bumi.
Klimograf boleh digunakan oleh sesiapa sahaja bagi pelbagai tujuan.  Umpamanya pelancong perlu melihat waktu yang sesuai untuk mengembara.  Para pengurus projek, pelabor asing perlu melihat factor iklim yang sesuai bagi mengelakkan gangguan ke atas kelancaran  projek. Para ketua jabatan badan berkanun perlu menginterpretasi klimograf bagi mencapai tahap optimum dalam prestasi para pekerja mereka.  Pengurus ladang dan pengurus yang berkaitan alam sekitar perlu lebih lagi pemahaman yang sangat mendalam semasa menginterpretasi klimograf kerana sistem bumi sangat berkaitan dengan sistem cuaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan