a) Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan jisim?
Pergerakan jisim (Inggeris= mass movement, mass wasting, landslides) bermaksud
berupa bahan regolit yang longgar dan terurai seperti
batuan, lembapan tanih dan lumpur telah mengalami luluhawa
yang
mengalami pergerakan ke bawah cerun secara besar-besaran disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti
b) Nyatakan empat jenis gerakan jisim cepat.
Pendapat aku
i) aliran ( termasuklah aliran tanah, aliran lumpur, puing avalanche)
ii) geluncuran/gelongsoran
iii) runtuhan tanah
iv) runtuhan yang dikategorikan sebagai tumbang (topple)
v) gelangsaran/solifuction (ada pendapat kata yang ini adalah pergerakan jisim lambat)
Ada pendapat begini
i) aliran tanah
ii) aliran lumpur
iii) runtuhan (batuan dan tanah dan robohan)
iv) geluncuran/gelongsoran
Mungkin yang biasa di Malaysia, kategori sedemikian
i) aliran seperti earth flow and mudflow
ii) runtuhan/robohan
iii) geluncuran/gelongsoran
Dari Buku teks Inggeris
c) Jelaskan
faktor yang mempengaruhi gerakan jisim cepat.
Gerakan Jisim Cepat atau tanah runtuh tiba-tiba berpunca
daripada kegagalan bahan tanah atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu
kedudukan akibat beberapa faktor tertentu. Diringkaskan oleh beberapa faktor
ringkas iaitu:
1. Penarahan bukit dan penebangan pokok
hutan oleh aktiviti manusia juga mengundang risiko berlakunya hakisan yang
lebih teruk pada cerun. Tiada lagi tumbuhan sebagai pengikat tanah
2. Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu
dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah
bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak
menjadikan cerun tidak stabil
3. Gempa bumi (earthquakes) yang
menghasilkan gegaran dan ketegangan boleh menyebabkan struktur cerun
yang sedia lemah mengalami runtuhan atau menyebabkan pergerakan sesar
(discontinuity) menjadi lebih aktif lagi
4. Letusan gunung berapi boleh menyebabkan runtuhan
gunung dan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur
yang banyak dan boleh memasuki sungai-sungai atau tasik
5. Gegaran dari mesin, trafik,
bahan letupan, malah guruh juga mungkin mencetuskan keruntuhan
cerun lemah. Aktiviti perlombongan dan pengkuarian yang tidak
terkawal juga boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.
6. Berat melampau yang terhasil dari
pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada
timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan
kepada cerun lemah hingga runtuh
7. Hujan lebat yang berterusan juga boleh
mengakibatkan tanah cerun menjadi tepu dan longgar serta berkemungkinan besar
mengalami runtuhan.
Gerakan jisim cepat member kesan tanpa sebarang amaran. Alam sekitar manusia yang menerima impak yang sangat teruk berbanding alam sekitar fizikal.
Kesan gerakan jisim cepat ke atas alam sekitar fizikal.
1. Perubahan landskap permukaan bumi.
Timbunan tanah dan juga lumpur daripada gerakan jisim secara tiba-tiba menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair. Contoh aliran lumpur dari gunung berapi di Armero, Colombia 1985 meratakan bandar dengan lumpur lava dari gunung berapi. Hari ini, Armero sepi tanpa penghuni.
d) Jelaskan kesan gerakan jisim cepat terhadap alam sekitar.
Kesan gerakan jisim cepat ke atas alam sekitar fizikal.
1. Perubahan landskap permukaan bumi.
Timbunan tanah dan juga lumpur daripada gerakan jisim secara tiba-tiba menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair. Contoh aliran lumpur dari gunung berapi di Armero, Colombia 1985 meratakan bandar dengan lumpur lava dari gunung berapi. Hari ini, Armero sepi tanpa penghuni.
2. Cerun tanah atau batuan menjadi semakin cerun dan tidak stabil.
Di Malaysia, kawasan Hulu Klang, Bukit Antarabangsa dan Ampang dilaporkan 11 siri kejadian gerakan jisim jenis runtuhan menunjukkan kestabilan cerun tanah memang tidak stabil lebih-lebih lagi semasa musim hujan lebat.
3. Memusnahkan habitat semulajadi fauna dan flora
Gerakan jisim sebegini selalunya bergabung faktor geomorfologi yang lain seperti letusan gunung berapi, gempa bumi yang meliputi satu kawasan bencana yang besar tambahan punca letusan berada dalam kawasan fizikal semulajadi. Contoh letusan St.Helena di Amerika Utara 1980 yang menyebabkan ribuan haiwan mati dan kawasan hutan menjadi tanah kosong.
4. Malapetaka Banjir dalam skala yang diluar jangkaan
Peristiwa Vaiont Dam, Italy, 1963 dilaporkan menyebabkan banjir. Vaiont Dam merupakan empangan tertinggi dunia di kelilingi oleh kawasan tinggi bercerun ~28°. Malapetaka berlaku apabila gerakan jisim cepat jenis runtuhan jatuh ke dalam takungan air empangan tersebut dan menyebabkan air melepasi had atas empangan dan melimpahi kawasan dalam jarak sejauh 10 km. Bukan kerana empangan pecah tetapi air melimpahi empangan dan membanjiri kawasan lembah yang terletak banyak kampung. Hari ini empangan masih berdiri tetapi tiada takungan air disimpan.
Kesan gerakan jisim cepat ke atas alam sekitar manusia.
1. Kemerosotan ekonomi negara akibat menanggung kerosakan & kerugian hartabenda disebabkan gerakan jisim.
2. Kerosakan infrastruktur apabila malapetaka datang tanpa amaran dan persediaan berjaga-jaga.
3. Kehilangan nyawa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan