Rabu, 14 Disember 2011

peta sebagai satu alat komunikasi

istilah "peta sebagai satu alat komunikasi"?


Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dalam penghasilan sebuah peta

Konsep peta
 

1. Perkara-perkara utama yang mesti ada pada sesebuah peta ialah:
  • Tajuk
  • Arah mata angin
  • Skala
  • Petunjuk
  • Bingkai peta
 
2. Petunjuk merupakan ruang khas yang menerangkan maksud simbol atau lambang-lambang  yang telah digunakan dalam sesebuah peta. 

      Simbol-simbol yang digunakan dalam peta melambangkan ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya.


  • Ciri-ciri fizikal adalah seperti bentuk muka bumi dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. 

  • Ciri-ciri budaya adalah seperti petempatan, kegiatan ekonomi seperti pertanian, pengangkutan dan petempatan.


      Warna tertentu juga digunakan dalam peta:-
  • Warna biru – sungai, tasik dan kolam
  • Warna hijau – tumbuh-tumbuhan
  • Warna merah – jalan raya
  • Warna perang – tanah tinggi
  • Warna hitam – bangunan, jalan kereta api dan sempadan negeri/daerah.
       
     Lorekan digunakan untuk menggambarkan keluasan, kepadatan dan taburan.

     Singkatan terdiri daripada huruf-huruf ringkas yang mudah difahami.
     Contohnya:-
  • Hosp. = hospital
  • B.P = Balai Polis
  • P.D. = Pejabat Daerah
  • Ldg. = Ladang
  • Sek. = sekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan