Selasa, 29 November 2011

PITO PENDUDUK NOTA persediaan tuk EXAM : piramid penduduk

  1. teori malthus; neo-malthusian; 
  2. piramid penduduk ( 3 ke 4 bentuk piramid), kaitan bentuk piramid dengan kematian, kelahiran dan nisbah tanggungan; bentuk piramid dan 
  3. kesan kependudukan kepada negara pada masa hadapan.

1. Piramid Bentuk Progresif - RAPID GROWTH seperti kata lecturer & bentuk segitiga


Piramid progresif mempunyai ciri-ciri seperti:

1. Tapak lebar yang menggambarkan bilangan dan peratus penduduk dalam kumpulan umur muda (di bawah 15 tahun) yang tinggi. Penduduk muda yang ramai membayangkan kadar kelahiran yang tinggi. 
  • Kadar kelahiran yang tinggi menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk negara menjadi pesat. Jika pertumbuhan penduduk negara yang pesat ini tidak diikuti oleh pertumbuhan pengeluaran ekonomi negara tersebut pasti akan menghadapi berbagai-bagai masalah akibat lebihan penduduk. 
  • Negara yang mempunyai bentuk piramid ini umumnya boleh dikatakan masih mundur. Biasanya negara ini miskin dan menghadapi masalah kekurangan sumber semulajadi dan kewangan untuk menyediakan kemudahan asas seperti pusat kesihatan, sekolah dan kemudahan lain. Kekurangan kemudahan pendidikan menyebabkan masalah buta huruf. Masyarakat yang buta huruf pula menjadi penghalang besar kepada usaha pemodenan, misalnya dalam perkara yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

2. Puncak yang tajam atau tirus pada piramid yang rendah menggambarkan kurangnya bilangan orang yang hidup hingga mencapai umur tua (lebih daripada 60 tahun). Kekurangan kemudahan kesihatan menyebabkan ramai penduduk mati disebabkan wabak penyakit. Penjagaan kesihatan yang kurang baik juga menyebabkan penduduk mudah dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Kadar kematian yang tinggi di kalangan orang dewasa turut membayangkan jangka hayat penduduk yang rendah.

3. Bentuk dinding piramid yang cekung menggambarkan bilangan orang dewasa yang tidak seimbang dengan bilangan kanak-kanak. Ini menunjukkan peratus orang dewasa yang kurang berbanding kanak-kanak. 
  • Dalam keadaan ini, penduduk yang ditanggung, khususnya kanak-kanak, lebih ramai daripada penduduk dewasa yang aktif. Maknanya nisbah tanggungan yang tinggi kerana golongan bekerja sedikit berbanding golongan yang perlu ditanggung iaitu golongan kanak-kanak.  Di sesetengah negara peratus kanak-kanak perempuan lebih ramai daripada kanak-kanak lelaki. Keadaan ini membayangkan nisbah jantina yang kurang seimbang.



2. Piramid Bentuk Mantap nama lain piramid Stabil kot......


Piramid bentuk mantap pula antara lain mempunyai ciri-ciri:

1. Tapak piramid masih lebar tetapi tidak selebar piramid bentuk progresif. Peratus penduduk muda berumur di bawah 15 tahun masih tinggi. Ini menunjukkan kadar kelahiran yang tinggi. Bagaimanapun, kadar kematian bayi adalah rendah. Keadaan ini membuktikan taraf penjagaan kesihatan, sama ada di kalangan bayi atau orang dewasa, yang bertambah baik. Pada tahap ini, walaupun ada usaha mengawal kadar kelahiran tetapi kesannya masih belum nyata.

2. Puncak yang tidak begitu tajam pula menggambarkan peratus orang tua yang masih hidup bertambah ramai. Jangka hayat juga bertambah melebihi 65 tahun. Keadaan ini juga menggambarkan tahap kesihatan penduduk telah semakin baik.

3. Dinding cerun sisi yang hampir lurus menunjukkan nisbah penduduk dewasa, orang tua dan kanak-kanak yang lebih seimbang. Peratus, penduduk dewasa yang boleh diserap ke dalam tenaga kerja adalah ramai. Ini menunjukkan kadar kematian yang rendah di kalangan penduduk dewasa.

 Ohio USA




3. Piramid Bentuk Regresif nama lain piramid terganggu?????yang ini aku kurang pasti


Piramid bentuk Regresif mempunyai ciri-ciri:

1. Tapak yang sempit menggambarkan kadar pertambahan penduduk sering negatif akibat dasar kependudukan yang liberal. Ini juga menjelaskan amalan meluas pencegahan kehamilan di negara-negara ini. Kecenderungan penduduk untuk mempunyai keluarga kecil, pasangan muda yang berkahwin lewat dan melambatkan keinginan untuk mempunyai anak dan pemandulan telah merendahkan kadar kelahiran.

2. Dinding sisi yang cembung yang menggambarkan penduduk dewasa yang ramai. Keadaan ini menunjukkan kadar kematian orang dewasa yang rendah. Taraf penjagaan kesihatan yang tinggi menyebabkan sebahagian besar penduduk boleh mencapai umur tua, iaitu lebih daripada 60 tahun.

3. Puncak yang datar dan lebar. Ini menunjukkan penduduk tua semakin ramai di mana sekurang-kurangnya dua peratus penduduk hidup sehingga umur 80 tahun. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan pencapaian yang baik dalam bidang kesihatan dan pembangunan penduduk.




4. Piramid Bentuk Perantaraan nama lain piramid peralihan.


Piramid bentuk perantaraan mempunyai persamaan dengan piramid bentuk regresif dari segi bentuk dinding sisi yang cembung dan puncak yang datar dan lebar. Perbezaan hanya terdapat pada bahagian tapak yang mana tapak piramid bentuk perantaraan yang lebih lebar. Ini menggambarkan keadaan masyarakat yang masih bersikap konservatif. Walaupun amalan merancang keluarga dianggap perkara biasa tetapi masih ramai penduduk yang inginkan keluarga yang besar seterusnya menggalakkan kelahiran.



baca lagi @ http://rakangeografi.blogspot.com/2008/12/nota-20-bentuk-piramid-penduduk-dan.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan