Para pemimpin sekalian, mendapat kepercayaan bukan sahaja berdasarkan skil, ilmu dan pengalaman yang kita miliki, tetapi yang lebih penting, peribadi. Berintegriti, bermoral serta berakhlak baik adalah magnet yang bakal menarik kepercayaan di kalangan pengikut anda. Ingat, anda hanya ada 2 mata untuk melihat dari atas, tetapi ada ratusan mata yang melihat anda dari bawah. Oleh itu, jagalah setiap perlakuan anda kerana setiap tingkah laku anda mengundang persepsi di kalangan yang melihat. Tingkatkan keperibadian mulia, anda meningkatkan kepercayaan di mata mereka sebagai pemimpin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan