Sabtu, 17 Disember 2011

PITO PEMETAAN-Peta Koroplet/Lorek

3.      Jelaskan langkah-langkah dalam menghasilkan peta koroplet?

TUJUAN PETA KOROPLET

LANGKAH MEMBINA PETAK LOREKAN





Peta Tematik - PITO PEMETAAN



1.       Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan peta tematik?
2.      Jelaskan langkah-langkah dalam menghasilkan peta titik?


DEFINISI PETA TEMATIK

PENGKELASAN  PETA  TEMATIK
3 KONSEP PETA TITIK

SYARAT/PERATURAN KETIKA MEMBINA PETA PETA TITIK


Langkah-langkah dalam menghasilkan peta titik









Jumaat, 16 Disember 2011

Gerakan Jisim - PITO GEOMORFOLOGI



a) Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan jisim?


proses pergerakan litupan bahan tempasal (tempat asal) 

berupa bahan regolit yang longgar dan terurai seperti batuan, lembapan tanih dan lumpur telah mengalami luluhawa

yang mengalami pergerakan ke bawah cerun secara besar-besaran disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti 
dan tanpa bantuan mana-mana agen hakisan seperti air mengalir, ais yang bergerak,ombak atau angin

merupakan proses geomorfologi yang menggondolkan bentuk mukabumi 





b) Nyatakan empat jenis gerakan jisim cepat. 


Pendapat aku

i)   aliran ( termasuklah aliran tanah, aliran lumpur, puing avalanche) 
ii)  geluncuran/gelongsoran    
iii) runtuhan tanah   
iv) runtuhan yang dikategorikan sebagai tumbang (topple)
v) gelangsaran/solifuction (ada pendapat kata yang ini adalah pergerakan jisim lambat)

Ada pendapat begini
i)   aliran tanah
ii)  aliran lumpur
iii) runtuhan (batuan dan tanah dan robohan)
iv) geluncuran/gelongsoran

Mungkin yang biasa di Malaysia, kategori sedemikian
i)   aliran seperti earth flow and mudflow
ii)  runtuhan/robohan
iii) geluncuran/gelongsoran

Dari Buku teks Inggeris








 
c) Jelaskan faktor yang mempengaruhi gerakan jisim cepat.

Gerakan Jisim Cepat atau tanah runtuh tiba-tiba berpunca daripada kegagalan bahan tanah atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu. Diringkaskan oleh beberapa faktor ringkas iaitu:
1.  Penarahan bukit dan penebangan pokok hutan oleh aktiviti manusia juga mengundang risiko berlakunya hakisan yang lebih teruk pada cerun. Tiada lagi tumbuhan sebagai pengikat tanah
2.   Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
3.   Gempa bumi (earthquakes) yang menghasilkan gegaran dan ketegangan boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan atau menyebabkan pergerakan sesar (discontinuity) menjadi lebih aktif lagi
4. Letusan gunung berapi boleh menyebabkan runtuhan gunung dan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur yang banyak dan boleh memasuki sungai-sungai atau tasik
5.   Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh juga mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah. Aktiviti perlombongan dan pengkuarian yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.
6. Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh
7. Hujan lebat yang berterusan juga boleh mengakibatkan tanah cerun menjadi tepu dan longgar serta berkemungkinan besar mengalami runtuhan. 



d) Jelaskan kesan gerakan jisim cepat terhadap alam sekitar.
   Gerakan jisim cepat member kesan tanpa sebarang amaran. Alam sekitar manusia yang menerima impak yang sangat teruk berbanding alam sekitar fizikal.

Kesan gerakan jisim cepat ke atas alam sekitar fizikal.

1. Perubahan landskap permukaan bumi.
       Timbunan tanah dan juga lumpur daripada gerakan jisim secara tiba-tiba menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair. Contoh aliran lumpur dari gunung berapi di Armero, Colombia 1985 meratakan bandar dengan lumpur lava dari gunung berapi. Hari ini, Armero sepi tanpa penghuni. 






2. Cerun tanah atau batuan menjadi semakin cerun dan tidak stabil. 
         Di Malaysia, kawasan Hulu Klang, Bukit Antarabangsa dan Ampang dilaporkan 11 siri kejadian gerakan jisim jenis runtuhan menunjukkan kestabilan cerun tanah memang tidak stabil lebih-lebih lagi semasa musim hujan lebat.



3. Memusnahkan habitat semulajadi fauna dan flora
Gerakan jisim sebegini selalunya bergabung faktor geomorfologi yang lain seperti letusan gunung berapi, gempa bumi yang meliputi satu kawasan bencana yang besar tambahan punca letusan berada dalam kawasan fizikal semulajadi. Contoh letusan St.Helena di Amerika Utara 1980 yang menyebabkan ribuan haiwan mati dan kawasan hutan menjadi tanah kosong.



4.
Malapetaka Banjir dalam skala yang diluar jangkaan

    Peristiwa Vaiont Dam, Italy, 1963 dilaporkan menyebabkan banjir. Vaiont Dam merupakan empangan tertinggi dunia di kelilingi oleh kawasan tinggi bercerun ~28°. Malapetaka berlaku apabila gerakan jisim cepat jenis runtuhan jatuh ke dalam takungan air empangan tersebut dan menyebabkan air melepasi had atas empangan dan melimpahi kawasan dalam jarak sejauh 10 km. Bukan kerana empangan pecah tetapi air melimpahi empangan dan membanjiri kawasan lembah yang terletak banyak kampung. Hari ini empangan masih berdiri tetapi tiada takungan air disimpan.



Kesan gerakan jisim cepat ke atas alam sekitar manusia.


1. Kemerosotan ekonomi negara akibat menanggung kerosakan & kerugian hartabenda disebabkan gerakan jisim.

2. Kerosakan infrastruktur apabila malapetaka datang tanpa amaran dan persediaan berjaga-jaga.

3. Kehilangan nyawa 
 

Khamis, 15 Disember 2011

Tadbir urus Bandar dan isu-isu pembandaran yang pesat di Malaysia


Dengan merujuk artikel yang bertajuk "Urban governance and rapid urbanization issues in Malaysia."   Tadbir urus Bandar dan isu-isu pembandaran yang pesat di Malaysia,  jawab soalan berikut:

1.Bincangkan apakah isu-isu penting berkaitan dengan pembandaran yang pesat berlaku di Malaysia.
 
2.Bincangkan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu/masalah ketidakseimbangan pembandaran yang berlaku di Malaysia terutamanya antara satu wilayah dengan wilayah yang lain

 
Dalam pendahuluan artikel ini, penulisnya menghuraikan tahap perkembangan pembandaran di Malaysia.
Ringkasnya penulis artikel ini menyeraikan tahap perkembangan tersebut seperti berikut:
1)      Pembandaran pada zaman penjajah
2)     Pembandaran selepas kemerdekaan
3)     Pembandaran selepas tahun 1970-an
4)     Pembandaran era 1990-an dan abad ke-21

Proses urbanisasi menggunakan petunjuk  Indeks Pembangunan Manusia 2005.  Kekangan ruang (sumber rujukan yang terhad) menyebabkan pengulas juga akan membandingbezakan menggunakan Indeks Pembangunan Manusia dapatan tahun 2011.

 
Jadual 1 : Indeks Pembangunan Manusia Malaysia (2005)
Indeks Pembangunan Manusia (HDI) kedudukan dalam 177 negara
63
Nilai Indeks Pembangunan Manusia
0.811
Jangkaan hayat ketika lahir (tahun)
73.7
Kadar celik huruf dewasa
88.7 %
KDNK per kapita (Pariti kuasa membeli US$, 2008)
$ 10 882
Indeks jangka hayat
0.811
Indeks pendidikan
0.839
Indeks PNK
0.783

Jadual 2 : Human Development Index on Malaysia (2011)
Indeks Pembangunan Manusia (HDI) kedudukan dalam169 negara
61
Nilai Indeks Pembangunan Manusia
0.761
Jangkaan hayat ketika lahir (tahun)
74.2
Kadar celik huruf dewasa
92.5 %
KDNK per kapita (Pariti kuasa membeli US$, 2010)
 $ 13 685
Indeks jangka hayat
0.790
Indeks pendidikan
0.730
Indeks PNK
0.704


Indeks Pembangunan Insan (Inggeris: Human Development Index, singkatan HDI) ialah sebuah rumusan indeks komposit (indeks yang menggabungkan pelbagai petunjuk) yang mengukur pencapaian purata sesebuah negara dalam tiga aspek asas kehidupan manusia, iaitu kehidupan yang panjang dan sihat sebagai ukuran kesihatan kelanjutan usia penduduk, pencapaian pendidikan yang diukur melalui kadar celik huruf dewasa (dengan pemberat dua pertiga) dan gabungan kadar kemasukan kasar ke pengajian peringkat rendah, menengah dan tinggi (dengan pemberat satu pertiga) dan gaya hidup yang diukur melalui Keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita pada pariti kuasa beli (PPP) dalam dolar Amerika Syarikat. Indeks ini dipersembahkan sebagai satu piawaian dalam mengukur pembangunan insan, yang dianggap oleh Rancangan Pembangunan PBB (UNDP) sebagai satu konsep atau proses melebarkan peluang seorang insan dengan memberikannya peluang pendidikan yang lebih cerah, penjagaan kesihatan, pendapatan, pekerjaan dan sebagainya. Kegunaan asas HDI ialah untuk menyusun negara-negara di dunia mengikut tahap "pembangunan insan", yang lazimnya digunakan untuk menentukan samada sesebuah negara itu ialah negara maju, negara membangun atau negara mundur.

Menurut pemahaman saya yang dangkal ini, indeks pembangunan manusia telah merosot. Bermakna pembangunan insan di Malaysia dalam masa 5 tahun (2205-2011) mengalami sedikit kemerosotan. Namun begitu jika pengiraan dibuat kemungkinan ketidakseimbangan dalam menentuusahkan nilai HDI. Hal ini sukar dimengertikan oleh pengulas bila 3 nilai kadaran iaitu jangkaan hayat ketika lahir (tahun), Kadar celik huruf dewasa dan KDNK per kapita (Pariti kuasa membeli US$, 2010) menunjukkan kenaikan. Apakah nilai kenaikan ini menunjukkan penambahbaikan atau penyusutan pencapaian purata sesebuah negara, masih lagi difikirkan oleh pengulas. Pun dari bacaan lain pengulas mempunyai dapatan berikut di bawah. Dari rajah Figure 1, Malaysia menyamai separuh KDNK perkapita Negara Korea dan satu pertiga dari nilai KDNK perkapita Sinagapura. Ini menunjukkan Malaysia meningkat di belakang negara gergasi ekonomi Asia.


Berdasarkan artikel URBAN GOVERNANCE AND RAPID URBANIZATION ISSUES IN MALAYSIA, penulis Ho Chin Siong mengutarakan isu-isu dan permasalahan berikut.
1. Kadar urbanisasi di Malaysia meningkat, dari kira-kira 25% dalam 1960 hingga 65% pada 2005 dan dijangka akan melebihi 70% menjelang 2020. Kadar urbanisasi di Malaysia sangat cepat sejak 1970 an. Hari ini, 62% (atau 16 juta) semua rakyat Malaysia hidup di pekan dan bandar, di mana ia merupakan satu tahap yang agak tinggi bagi perbandaran untuk negara Dunia Ketiga. Menjelang 2010, 68.2% penduduk negara akan menjadi penduduk bandar dengan jumlah yang dianggarkan 18.8 juta rakyat (Malaysia ,2005)



Ulasan saya berdasarkan juga rajah di bawah.

Kadar urbanisasi Malaysia 1960-2005 ~~> 1.12 %


Kadar unjuran 2020 ~~> 0.33%

Malaysia berada dalam kelompok yang bersaing dan cuba mencapai tahap urbanisasi menyeluruh berdasarkan jadual dibawah seperti negera-negara yang sudah mencapai 100 % tahap urbanisasi seperti Singapura, Japan di rantau Asia dan Norway, Belanda di rantau Eropah.

31.8 % masih melalui kehidupan luar bandar iaitu seperti tahap sanitasi yang rendah, bekalan air bersih yang terhad seperti yang ditetapkan oleh badan dunia Bangsa-bangsa Bersatu (UN).
       Sumber : United Nations Department of Economic and Social Affairs/Population Division, World Urbanization Prospects: The 2009 Revision

Kepentingan urbanisasi iaitu mengalami proses perubahan dari segi pertambahan penduduk secara semulajadi dan pembangunan fizikal sesebuah kawasan bandar yang bersifat lestari.